Apakah Sebenarnya Antioksida?

Kita sering kali dengar tentang antioksida dalam bidang kesihatan dan juga  kecantikan. Namun tahukah anda apa antioksida sebenarnya? Antioksida adalah bahan yang meneutralkan, mengurangkan serta melindungi sel badan daripada kerosakan akibat radikal bebas. Ia boleh dianggap sebagai barisan pertahanan terhadap risiko mendapat sesetengah penyakit.

Badan kita boleh menghasilkan antioksida dengan sendiri. Namun ia akan berkurangan apabila usia meningkat. Disebabkan itu kita memerlukan antioksida daripada sumber semula jadi seperti buah-buahan,sayur-sayuran dan kekacang. Selain itu antioksida turut terkandung dalam makanan tambahan dan ia telah digunakan secara meluas.

Berikut adalah beberapa fakta lain tentang antioksida:

  • Lebih baik makan buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin dalam kuantiti yang berpatutan daripada bergantung kepada makanan tambahan dengan beberapa antioksida.

  • Cara yang terbaik untuk memastikan pengambilan nutrien antioksida yang mencukupi ialah dengan makan diet yang seimbang melalui lima hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari agar badan kita dapat bina sistem antioksida secara semula jadi. Selain itu senaman yang bersesuaian juga perlu dilakukan.
  • Bahan-bahan lain yang terdapat dalam sumber antioksida semula jadi memainkan peranan penting dalam mengekalkan kesihatan yang baik.
  • Pastikan risiko serta faedah yang bakal diperolehi sebelum anda mengambil sebarang pemakanan tambahan antioksida.
  • Elakkan mengambil suplemen secara berlebihan kerana bagi sesetengah antioksida, kepekatan yang tinggi boleh memberikan kesan toksik.

 

Faedah antioksida kepada kesihatan manusia masih memerlukan penyelidikan yang lebih mendalam. Bukti-bukti penggunaan vitamin antioksida untuk mengurangkan penyakit kronik juga masih dalam peringkat awal penyelidikan.

 

Sumber:

http://www.myhealth.gov.my

 


Older Post Newer Post


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

Sale

Unavailable

Sold Out

loader_img

    View Detail

    Item added to cart! View Cart.

    https://mylustre.com
    ${{amount}}