Apakah Citrus Bioflavonoids? Dan Mengapa Anda Memerlukan Nutrisi Kaya Antioksidan Ini.

Perkara pertama yang terlintas di fikiran anda apabila bercakap tetang nutrisi terdapat dalam citrus biasanya ialah vitamin C kan? Namun buah-buahan citrus sebenarnya mempunyai berbagai jenis nutrisi lain juga. Ia termasuklah pelbagai jenis vitamin dan mineral seperti potassium, folat, thiamin dan vitamin A yang memang jarang sekali disebut.

Citrus bioflavonoids merupakan salah satu nutrisi paling berkhasiat terdapat dalam buah citrus yang juga sering dilepas pandang. Nutrisi ini sememangnya sangat berbaloi untuk diketahui tentang manfaat kesihatan yang boleh didapati jika anda mengamalkan ia sebagai makanan tambahan.

 

Apakah Sebenarnya Bioflavonoids?

Seperti vitamin C, bioflavonoids kaya antioksidan. Saintis berminat dalam mengkaji bioflavonoids terutamanya adalah kerana kekuatan antioksidan terdapat di dalamnya.

Tentu ada pernah mendengar tentang antioksidan. Kepada yang belum tahu, antioksidan sangat berfungsi dalam melindungi sel-sel dalam badan anda daripada bahaya radikal bebas. Anda memerlukan antioksidan dari pelbagai jenis kerana setiap satunya mempunyai manfaat unik yang berbeza.

Setiap hari, tubuh badan anda berhadapan pelbagai ancaman daripada toksin, sinaran UV, faktor gaya hidup malah badan anda sendiri menghasilkan sisa radikal bebas (penghadaman dan pernafasan).

Antioksidan mampu menghentikan pembentukan radikal bebas. Terdapat pelbagai jenis antioksidan yang berfungsi secara spesifik dan disebebkan itu lah anda dinasihatkan untuk makan pelbagai jenis makanan agar anda mendapat kesemua manfaat buat tubuh anda.

 

Manfaat Citrus Bioflavonoids

  • Perlindungan Antioksidan

Mempunyai antioksidan yang kuat dalam melawan radikal bebas dan bekerjasama dengan baik bersama vitamin C.

 

  • Menguatkan Kapilari (saliran darah)

Kajian membuktikan citrus bioflavonoids mampu menguatkan kapilari dan saintis mempercayai ia mungkin berkait dengan keupayaan melindungi kolagen dalam badan.

 

  • Menyokong Sistem Imuniti

Beberapa kajian telah menunjukkan keupayaan citrus bioflavonoids dalam menyokong kesihatan dan tindak balas sistem imuniti.

 

Makanan Tambahan (supplement) Bioflavonoid

Lustre Skin Pro Tablets

Suplemen yang diformulasikan secara optimum untuk memberikan kesan terbaik dalam penjagaan kulit secara dalaman. Selain citrus bioflavonoids, Lustre Skin Pro Tablets juga mengandungi bahan-bahan semulajadi seperti kolagen ikan marine, ekstrak biji anggur, vitamin A, C dan E serta beberapa bahan bernutrisi tinggi.

Lustre Skin Pro Tablets sesuai diamalkan bagi mereka yang ingin mendapat kulit yang sihat dan berseri baik lelaki dan perempuan berumur 20 tahun keatas.

 

Lustre Age Defy Above 40

Kelihatan lebih muda dari usia dengfan Lustre Age Defy Above 40. Suplemen khas bagi pengguna-pengguna berusia 40 tahun keatas. Mempunyai manfaat yang sama dengan Lustre Skin Pro Tablets namun disesuaikan buat penggunaan mereka yang lebih berusia. Ia mampu mengurangkan kedutan dan menganjalkan kulit disamping penjagaan saliran darah dan jantung. Mengandungi Citrus bioflavonoids yang melindungi anda daripada radikal bebas yang memudaratkan badan anda.

Jika anda berminat untuk mendapatkan suplemen berasaskan citrus biofalvonoids ini, anda boleh menempah di laman web MyLustre www.mylustre.com atau hubungi +65 6275 4123 bagi info lanjut.

 

Rujukan:

  1. https://www.healthline.com/health/bioflavonoids
  2. https://www.sciencedirect.com/topics/medicine-and-dentistry/flavonoid
  3. https://www.webmd.com/food-recipes/ss/slideshow-all-about-antioxidants

Older Post Newer Post


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

Sale

Unavailable

Sold Out

loader_img

    View Detail

    Item added to cart! View Cart.

    https://mylustre.com
    ${{amount}}