Apa Kaitan Diet Mediterranean dengan Prestasi Senaman? Ketahuinya Dalam Artikel Ini!

Apa Kaitan Diet Mediterranean dengan Prestasi Senaman? Ketahuinya Dalam Artikel Ini!

Pernahkah anda dengar tentang Diet Mediterranean? Diet ini mengandungi sayur-sayuran, buah-buahan, minyak zaitun, kekacang dan juga bijiran penuh. Diet jenis ini juga kurang daging merah dan daging yang telah diproses, kurang lemak trans dan tepu, susu serta gula halus yang diproses. Pendek kata ia sememangnya berkhasiat dan bagus untuk kita.

Diet Mediterranean tingkatkan prestasi atlet

Sebuah kajian telah dilakukan oleh para penyelidik di Universiti Saint Louis dan mereka mengatakan jika seseorang atlet mengamalkan Diet Mediterranean, ia boleh meningkatkan prestasi latihan ketahanan hanya selepas empat hari.

Kajian yang diterbitkan dalam Journal of the American College of Nutrition itu mendapati, para peserta yang berlari sejauh lima kilometer, enam peratus lebih pantas setelah mengamalkan diet Mediterranean berbanding makan makanan Barat. Makanan atau diet Barat ialah makanan yang terdiri daripada sayur-sayuran, buah-buahan, minyak yang diproses secara minimum, tinggi lemak trans dan tepu, gula halus, tenusu, minyak sayur-sayuran yang diproses dan ditapis, garam dan juga makanan yang telah diproses.

Diet Mediterranean ada kesan antiradang, antioksidan

Menurut Edward Weiss, penyelidik kanan kajian tersebut, makanan Mediterranean sangat bagus untuk kesihatan. Kajian telah dilakukan ke atas tujuh orang wanita dan empat orang lelaki. Beliau dan pasukannya telah membuat hipotesis bahawa kesan antiradang dan antioksidan melalui diet Mediterranean, tinggi kandungan pH alkali dan nitrat diet boleh meningkatkan prestasi latihan.

Kata beliau lagi, banyak nutrien individu dalam diet jenis ini telah meningkatkan prestasi senaman dengan segera atau dalam masa beberapa hari sahaja. Namun manfaat diet jenis ini akan hilang dengan pantas jika seseorang itu bertukar kepada diet Barat.

Antara kajian yang dilakukan ialah peserta diminta berlari sejauh lima kilometer di atas treadmill sebanyak dua kali iaitu sekali selepas empat hari dalam diet Mediterranean dan sekali lagi selepas empat hari mengamalkan diet Barat.

Menurut Weiss lagi, kajian itu mendapi masa yang diambil untuk berlari sejauh lima kilometer adalah enam peratus lebih cepat selepas mengambil diet Mediterranean berbanding diet Barat. Ini juga bermaksud diet yang baik untuk kesihatan juga bagus untuk prestasi senaman.

 

Sumber: https://www.sciencedaily.com/releases/2019/03/190306125351.htm

 


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published