Apa itu Kemurungan? – MyLustre.com

Apa itu Kemurungan?

Kita seringkali dengar tentang penyakit kemurungan dewasa ini. Ramai selebriti Hollywood yang menghidap penyakit ini. Tidak kurang juga rakyat Malaysia. Namun apa sebenarnya kemurungan?

Kemurungan sebenarnya merupakan penyakit psikologi yang bercirikan perasaan sedih yang berterusan, rasa kosong, tidak berdaya, berputus asa,  merasakan diri tidak berguna dan sentiasa dibelenggu rasa bersalah.

 

Antara simptom-simptom kemurungan ialah:

  1. Emosi negatif
  2. Hilang minat dan rasa seronok
  3. Perasaan tidak endah dan sedih
  4. Rasa letih
  5. Mengalami gangguan tidur
  6. Hilang berat badan dan selera makan secara mendadak
  7. Rasa resah, keliru dan mudah sensitif
  8. Rasa sunyi dan kadar konsentrasi yang lemah
  9. Masalah fizikal termasuk: sakit kepala, pening, sakit belakang,  kesakitan kronik dan masalah perut.
  10. Hilang minat terhadap hubungan seks

 

Apakah Punca Kemurungan?

Kemurungan  berpunca daripada tekanan emosi dan kesukaran mengatasi konflik atau peristiwa buruk yang pernah terjadi. Faktor lain yang mendorong kepada kemurungan juga adalah ketidakseimbangan biokimia, penyalahgunaan alkohol atau dadah dan kemerosotan sel-sel otak (terutama pada orang tua).

Cara Mengatasi dan Merawat Kemurungan:

Jangan biarkan diri anda diselubungi kemurungan dalam tempoh yang lama. Jika anda murung, berikut adalah cara mengatasinya! :

  1. Amalkan hubungan sosial yang sihat. Luangkan lebih banyak masa dengan orang tercinta dan luahkan perasaan anda dengan banyakkan bercerita.
  2. Bersenam. Bersenamlah setiap hari bagi meningkatkan daya fizikal dan minda anda.
  3. Amalkan diet yang seimbang.
  4. Berfikir secara positif
  5. Jika berlarutan jangan malu untuk bertemu dengan doktor atau pakar psikiatri bagi mendapatkan rawatan.

Bagi yang mengalami simptom diatas, anda juga boleh mendapatkan kauseling dari pakar dengan mengunjungi laman sesawang Malaysian Mental Health Association (MMHA) atau hubungi (+603) – 7782 5499 bagi mendapatkan bantuan. Semoga anda tidak akan murung lagi!

 

Sumber: Mstar online

 

 


Older Post Newer Post


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

Sale

Unavailable

Sold Out

loader_img

    View Detail

    Item added to cart! View Cart.

    https://mylustre.com
    ${{amount}}