Angkat Berat Berkesan Kurangkan Lemak Jantung Berbanding Senaman Aerobik?

Anda mempunyai masalah berat badan? Anda mungkin mahu mempertimbangkan senaman angkat berat. Mengapa? Menurut sebuah kajian, senaman jenis ini dapat mengurangkan sejenis lemak di bahagian jantung yang dikaitkan dengan penyakit kardiovaskular.

Menerusi kajian tersebut, para pengkaji dapat mengenalpasti sejenis lemak jantung iaitu tisu pericardial adipose berkurangan di kalangan pesakit yang membuat senaman angkat berat. Perkara sebaliknya berlaku terhadap mereka yang melakukan senaman aerobik.

Hasil kajian mendapati kedua-dua jenis senaman tersebut telah mengurangkan satu lagi jenis lemak iaitu tisu epicardial adipose yang juga ada kaitan dengan penyakit jantung. Hasil penyelidikan ini telah diterbitkan dalam JAMA Cardiology.

Dr Regitse Hojgaard Christensen, seorang penyelidik di Pusat Keradangan dan Metabolisme dan Pusat Penyelidikan Kegiatan Fizikal di Hospital Universiti Copenhagen mengakui terkejut dengan penemuan tersebut.

Dalam kajian tersebut, Dr Christensen dan rakan-rakan penyelidiknya telah mencari 32 orang dewasa yang mengalami masalah berat badan berlebihan, kurang aktif dan masih belum menghidap penyakit kencing manis, jantung, atau fibrilasi atrium.

Dr Chadi Alraeis, seorang pakar kardiologi dari Hospital Jantung Pusat Perubatan Detroit pula berkata kajian baru ini menarik kerana penelitian secara khusus yang dilakukan untuk mengenalpasti kaitan antara senaman dan lemak sekitar jantung.

Hasil penyelidikan tersebut Dr Alraeis membuat kesimpulan bahawa cara terbaik untuk memerangi lemak jantung adalah dengan membuat kedua-dua senaman angkat berat dan juga ketahanan. Beliau juga berkata kajian jangka panjang perlu dijalankan dan diteruskan.

Rujukan: 

  1. Reuters
  2. mediacorp.sg

Older Post Newer Post


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

Sale

Unavailable

Sold Out

loader_img

    View Detail

    Item added to cart! View Cart.

    https://mylustre.com
    ${{amount}}