Anda Menghidap Sakit Belakang?Ketahui Punca-Puncanya!

Pernah tak anda menghidap sakit belakang yang agak lama? Sakit belakang bukan sahaja dialami oleh ibu mengandung, sesiapa pun boleh terkena. Ketahui 7 punca mengapa anda sakit belakang!

 

TIDUR DIATAS TILAM LUSUH

 

Tilam yang baik bertahan sehingga 10 tahun lamanya. Selepas tempoh itu disyorkan agar anda tukar tilam baru kerana kondisinya tidak sama lagi seperti di awal pembelian. Tilam yang lama boleh melendut dan akibatnya tulang belakang tidak berada dalam keadaan lurus sepanjang malam.Oleh itu tak salah jika anda berbelanja lebih untuk tilam yang berkualiti. Penting juga untuk pilih tilam yang tidak terlalu lembut dan tidak terlalu keras.

MENGGENDONG BEG BERAT

Beg tangan wanita boleh diumpamakan seperti poket Doraemon. Macam-macam ada. Namun awas, beban yang patut dibawa sepatutnya hanya 10 peratus daripada berat badan anda. Membawa beban pada sebelah bahu pula boleh menyebabkan tulang belakang anda tidak seimbang.

KASUT TINGGI ATAU KASUT SARUNG

Gemar pakai kasut tumit tinggi terutamanya jenis stiletto? Fikirkan semula pilihan anda itu kerana kasut jenis itu boleh menyebabkan sakit belakang yang kronik. Kasut tersebut membuatkan anda menolak posisi badan anda ke belakang secara paksa. Begitu juga dengan kasut sarung. Lapik dalam kasut yang nipis boleh menyebabkan tekanan kepada tumit yang berfungsi menampung keseluruhan berat badan anda. Ini sekaligus memberikan kesan kepada tulang belakang anda.

MENYIMPAN DENDAM

Sebab yang ini kedengaran agak pelik, namun ia adalah fakta! Mereka yang berfikiran negatif dan sering memendam marah berpotensi untuk menghidap sakit belakang secara berterusan. Kajian mendapati berfikiran negatif merembeskan cecair yang mengakibatkan penyakit dalam badan jadi lebih teruk dan sensitif. Kemarahan juga menyebabkan otot tegang sekaligus mengakibatkan penyakit lain seperti sakit jantung, tekanan darah tinggi dan juga gangguan mental.

DUDUK SEPANJANG HARI

Mereka yang bekerja di pejabat terdedah kepada bahaya ini. Kerja menghadap komputer sepanjang hari dengan postur duduk yang tidak betul boleh menyebabkan bahagian belakang badan anda menjadi lemah. Apa yang perlu anda lakukan ialah sekali sekala berjalan seketika atau berdiri regangkan otot bagi menyeimbangkan semula struktur tulang belakang.

KURANG BERSENAM

Bersenam boleh menjadikan otot kuat dan mengaktifkan bahagian spina agar kuat dan keras. Pilih senaman seperti hip bridge dan sit up. Ia berkait rapat dengan bahagian belakang badan dan juga abdomen.

 

MAKANAN RINGAN

Jika terlalu banyak makan makanan yang bernutrisi rendah dan tinggi kalori, berat badan anda boleh bertambah. Berat badan berlebihan terutamanya pada bahagian tengah badan boleh menyebabkan pelvis anda ditolak ke hadapan sekaligus mengakibatkan tekanan kepada bahagian belakang badan. Mereka yang mempunyai berat badan berlebihan juga berisiko untuk mendapat penyakit osteoarthritis.

 

Ada banyak rupanya punca sakit belakang ni. Kenalpasti bagaimana anda boleh terkena sakit ini!

 

 

Sumber: www.eh.com.my

 


Older Post Newer Post


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

Sale

Unavailable

Sold Out

loader_img

    View Detail

    Item added to cart! View Cart.

    https://mylustre.com
    ${{amount}}