Alternatif Semulajadi Antibiotik

Antibiotik merupakan ubat-ubatan yang dapat memusnahkan atau memperlahankan pertumbuhan bacteria. Antibiotik semulajadi yang pertama ditemui ialah penicillin pada tahun 1928 oleh Alexander Fleming. Sejak itu, banyak lagi jenis antibiotik ditemui dan digunakan dengan meluas. Kesan penggunaan antibiotik yang tidak terkawal menyebabkan terdapat bacteria yang imun dengan antibiotik. Selain dari itu, antibiotik boleh memberi kesan sampingan yang kurang baik kepada system pencernaan. Ada juga yang mengalami kesan alahan selepas pengambilan antibiotik.

Namun begitu, ramai yang telah menggunakan bahan-bahan semulajadi sebagai pengganti antibiotik. Bahan-bahan ini telah digunakan sejak turun temurun lagi. Ada antara bahan-bahan ini telah dikaji dari sudut perubatan dan menunjukkan kesan yang baik. Dengan bertambahnya bacteria yang imun kepada ubat-ubatan, saintis sedang mengkaji bahan-bahan semulajadi ini untuk dijadikan alternatif

Bawang putih telah dikenalpasti oleh pelbagai kaum dan budaya sebagai bahan yang mempunyai kebolehan untuk pencegahan dan menyembuhkan penyakit. Ia mengandungi allicin yang memiliki sifat yang hamper menyerupai penicillin. Kajian mendapati ia merupakan rawatan yang berkesan ke atas banyak bacteria termasuklah Salmonella dan Escherichia coli. Saintis ada juga ada mempertimbangkan untuk menggunakan bawang putih dalam perawatan tuberculosis.

Sejak dari zaman Aristotle, madu telah digunakan sebagai rawatan terhadap luka dan menghalang atau menghapuskan jangkitan. Pengamal perubatan professional zaman kini mendapati madu sangat berkesan untuk merawat luka kronik, melecur, ulser, “bedsore” serta “skin graft”. Kajian yang dijalankan pads tahun 2011 menunjukkan madu boleh menghalang 60 jenis bakteria.

Para saintis juga mengiktiraf halia sebagai bahan antibiotik semulajadi. Banyak kajian termasuk kajian yang di buat pada tahun 2017 menunjukkan halia mampu melawan pelbagai strain bakteria. Pengkaji juga menggunakan halia sebagai bahan untuk mengurangkan kesan mabuk laut, loya dan paras gula dalam darah.

Orang-orang zaman dahulu menggunakan cengkih untuk melegakan sakit gigi dan gusi. Tetapi pengkaji zaman kini mendapati ekstrak air cengkih mungkin mempunyai keberkesanan melawan banyak jenis bacteria termasuk E. coli.

Ramai yang percaya oregano dapat meningkat system imun dan bersifat antioksidan serta antiradang. Saintis masih lagi mengkaji tentang kebolehan oregano dalam melawan bakteria, tetapi terdapat beberapa kajian yang menunjukkan oregano ini merupakan antibiotik semulajadi yang sangat berkesan terutamanya apabila dijadikan minyak.

Isu ketahanan bacteria terhadap bahan antimicrobial yang kian meningkat merupakan salah satu perkara yang perlu ditangani. Salah satu cara yang diambil oleh saintis ialah dengan mengkaji potensi bahan-bahan antibiotik semulajadi. Bahan-bahan yang digunakan secara tradisional turun-temurun boleh memberi sumbangan besar kepada dunia perubatan akan datang.

 

Rujukan :

  • Medical News Today
  • ncbi.nlm.nih.gov
  • https://twitter.com/WHO
  • Goharshenasan P, Amini S, Atria A, Abtahi H, Khorasani G: Topical Application of Honey on Surgical Wounds: A Randomized Clinical Trial. Forsch Komplementmed 2016;23:12-15. doi: 10.1159/000441994
  • Liu Q, Meng X, Li Y, Zhao CN, Tang GY, Li HB. Antibacterial and Antifungal Activities of Spices. Int J Mol Sci. 2017;18(6):1283. Published 2017 Jun 16. doi:10.3390/ijms18061283

Older Post Newer Post


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

Sale

Unavailable

Sold Out

loader_img

    View Detail

    Item added to cart! View Cart.

    https://mylustre.com
    ${{amount}}