Adakah Bayi Anda Obses Dengan Telefon Pintar?

Apa kata anda cuba dahulu permainan ini. Letak tiga benda dihadapan bayi anda dan salah satu daripada benda itu adalah telefon pintar anda. Biarkan bayi anda memilih dan mencapai antara 3 benda itu sendiri.

Jika bayi anda memilih telefon pintar, ada kemungkinan bayi anda obses dengan telefon pintar.

 

Puncanya adalah kerana bayi turut tertarik dengan benda yang kerap menjadi perhatian orang dewasa. Pada fasa ini mereka akan banyak memerhati dan meniru tingkah laku serta belajar daripada orang disekelilingnya (1).

Ayuh jujur pada diri kita, pada zaman serba teknologi ini kita seakan-akan tidak boleh hidup tanpa telefon pintar bukan? Bayangkan lah kini sejak bayi anda lahir, telefon-telefon pintar disogok didepan mata mereka kerana semua orang mahu merakam aksi-aksi comel bayi tersebut.

Ibubapa adalah insan terdekat dengan bayi. Anda mungkin ibubapa yang baik jika tidak menjadikan telefon pintar sebagai cara meredakan tangisan bayi anda (yang mana ramai ibubapa lakukan zaman kini). Tetapi dengan hanya menghabiskan masa yang banyak dengan telefon pintar dihadapan bayi anda mungkin menyebabkan bayi anda turut akan obses dengan telefon pintar tatkala umur mereka meningkat.

 

Perkara Positif yang Boleh Diambil

Tabiat ini memberitahu kita bahawa manusia dilahirkan dengan kecenderungan automatik dalam proses pembelajaran. Manusia meniru, mengasimilasi dan mengadopsi sejak kecil dan kebiasaannya kita lakukannya tanpa sedar. Kelebihan disini ialah kita tidak perlu belajar hanya dari pengalaman kita yang terhad tetapi juga turut boleh bergantung kepada orang lain.

Ini juga bermakna kita boleh belajar dengan cepat, bukannya hanya dari proses ‘try and error’. Hanya satu masalah ialah kadang-kala keperluan kita tidak selaras dengan orang lain dan kita cenderung untuk meniru perkara yang tidak penting buat diri kita. Seperti contoh bayi dan telefon pintar.

 

Kurangkan Masa Dihadapan Skrin, Lebihkan Interaksi Bersama Bayi Anda

Petikan daripada The American Academy of Pediatrics berkata "Proses pembelajaran terbaik kanak-kanak kecil ialah dari interaksi bersama manusia, bukan skrin."

Malah organisasi ini mencadangkan agar ibubapa mengelakkan penggunaan bahan elektronik kepada kanak-kanak 2 tahun dan kebawah (2). Ibubapa adalah tempat mereka bergantung kerana ibubapa adalah sumber bagi mereka mempelajari nilai-nilai murni yang kadang kala tidak dapat disalurkan dengan baik melalui siaran-siaran televisyen atau video di Youtube dan sebagainya.

Jika alasan ini belum cukup kuat untuk anda menjauhkan telefon pintar dengan bayi, ketahui lah bahawa telefon pintar mempunyai bakteria dan kuman malah dikatakan lebih kotor daripada tandas anda! (3).

Sayangi bayi anda, kurangkan pergantungan telefon pintar keatas bayi anda demi kesihatan jangka masa panjang anak anda. Biarlah susah sedikit daripada anak anda obses dengan telefon pintar.

 

Rujukan:

  1. https://ideas.ted.com/why-do-babies-love-iphones/
  2. https://www.aap.org/en-us/Pages/Default.aspx
  3. https://www.usatoday.com/story/news/nation-now/2017/03/23/your-iphones-dirtier-than-toilet-and-so-these-other-everyday-items/99530570/

Older Post Newer Post


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

Sale

Unavailable

Sold Out

loader_img

    View Detail

    Item added to cart! View Cart.

    https://mylustre.com
    ${{amount}}