Adakah Anda Terlebih Bersenam?

Jarang sekali mendengar seseorang terlebih bersenam, sebaliknya kurang atau tidak bersenam langsung. Ia agak normal terutama kepada mereka yang aktif seperti atlit dan bina badan. Jika anda kerap bersenam namun cepat berasa penat atau prestasi anda kian menurun mungkin sudah tiba masa untuk anda berehat seketika.

 

 

 

Tahap Terlebih Bersenam

Kita tentu mempunyai matlamat tersendiri untuk bersenam. Sama ada untuk mendapat bentuk badan ideal mahupun kecergasan sebelum sesuatu pertandingan, gejala terlebih bersenam berbeza mengikut orang. Contohnya atlit maraton perlu sekurang-kurangnya 15 jam latihan seminggu namun lain pula kepada mereka yang menghidap penyakit akibat pemakanan seperti anorexia nervosa atau obesiti.

 

 

Terlebih bersenam boleh menyebabkan ketidakseimbangan tenaga (antara jumlah tenaga diperolehi dan jumlah tenaga digunakan). Defisit tenaga pada jangka masa yang panjang, mungkin menyebabkan banyak masalah seperti kecederaan, keletihan melampau dan ketidakseimbangan hormon.

 

Tanda-Tanda Terlebih Bersenam

Tiada kadar tetap dalam menentukan gejala terlebih bersenam. Ketahui tanda-tanda bahawa anda mungkin bersenam terlalu banyak jika:

  • Tahap prestasi menurun
  • Memerlukan masa rehat yang lebih panjang
  • Letih melampau
  • Berasa tertekan
  • Perubahan mood atau kemurungan
  • Insomnia
  • Sakit otot atau sengal anggota badan
  • Mudah mendapat kecederaan
  • Kehilangan motivasi
  • Mudah menghidap selsema
  • Hilang berat badan melampau
  • Merasa cemas tiba-tiba.

 

Cara Mengatasi

Anda perlu peka akan kemampuan badan anda dan dapatkan rehat yang cukup. Cara lain mengekalkan daya saing anda tanpa mengabaikan kesihatan antaranya:

  • Dapatkan kalori yang mencukupi selaras tahap senaman anda.
  • Kurangkan latihan sebelum sebarang pertandingan.
  • Minum air secukupnya apabila anda bersenam.
  • Dapatkan 8 jam tidur setiap malam.
  • DILARANG bersenam dalam haba melampau atau sejuk.
  • Hentikan bersenam jika anda tidak sihat.
  • Rehat sekurang-kurangnya 6 jam di antara tempoh latihan. Ambil rehat sehari dalam setiap minggu.

 

 

Maka pada masa akan datang pastikan anda peka tentang badan anda. Senaman berlebihan tanpa mengambil kira kemampuan badan tidak akan memberikan hasil maksimum. Latih fikiran dan intuisi anda sekaligus menjadi lebih kuat dan sihat.

 

Rujukan:

  1. https://www.acefitness.org/education-and-resources/lifestyle/blog/6466/9-signs-of-overtraining?pageID=634
  2. https://www.huffingtonpost.com.au/2017/08/06/how-much-exercise-is-too-much_a_23064102/
  3. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/23247672?_ga=2.232263135.1120294204.1554105477-602384580.1551954194

Older Post Newer Post


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

Sale

Unavailable

Sold Out

loader_img

    View Detail

    Item added to cart! View Cart.

    https://mylustre.com
    ${{amount}}