Adakah Anda Kurang Vitamin C?

Vitamin C merupakan vitamin larut air yang badan perlu untuk menjalani fungsi harian.Vitamin C banyak terdapat di dalam sayur-sayuran dan buah-buahan strawberri, kiwi, betil, brokoli, tomato, lada benggala, and kobis bunga.

Vitamin C perlu untuk pertumbuhan tisu & proses pembaikan tubuh badan. Ia juga membantu dalam penghasilan kolagen (yang akan digunakan untuk membina kulit, salur darah, kartilaj, ligament, dan tendon). Ia juga merupakan nutrient yang diperlukan dalam penyembuhan luka, penyerapan zat besi, dan memelihara kesihatan tulang. Vitamin C merupakan bahan antioksidan yang membantu mengurang kesan radikal bebas.

Kekurangan vitamin C dalam badan boleh dikesan oleh tanda-tanda berikut:

Gusi bengkak dan berdarah. Antara bahan yang membentuk gusi ialah kolagen jadi gusi kita lebih terkesan sekiranya tahap vitamin C badan kita berkurangan. Gusi yang berdarah juga akan lambat sembuh. Gusi bengkak adalah disebabkan oleh keradangan yang mana biasanya disembuhkan oleh bahan-bahan yang mengandungi antioksidan.

Hidung berdarah biasanya berlaku apabila salur darah yang kecil pecah. Jadi kekerapan hidung berdarah menunjukkan salur darah yang lemah di dalam hidug. Salr darah kita diperkuatkan oleh kolagen yang memerlukan vitamin C untuk dihasilkan.

Rambut yang kering dan bercabang. Sekiranya rambut kita sihat dan bersinar itu menunjukkan kita mendapat nutrien yang mencukupi. Rambut kita juga bergantung kepada kolagen untuk kekuatannya. Jadi kekurangan satu bahan yang membina kolagen akan memberi kesan kepada kesihatan rambut kita.

Penyembuhan luka juga bergantung kepada kadar vitamin C dalam badan kita, yang menyumbang kepada immune response yang terlibat dalam system pertahanan badan. Selain dari itu, kolagen juga perlu untuk membina semula bahagian yang luka.

Vitamin C membantu dalam penyerapan nonheme iron (dari sumber tumbuhan seperti bayam dan brokoli). Jadi kekurangan zat besi biasanya juga menunjukkan kita kekurangan vitamin C.

Kulit kita juga menunjukkan tanda-tanda sekiranya kita kekurangan vitamin C. oleh kerana keanjalan kulit kita dibantu oleh kolagen, kulit yang kering dan berkedut menunjukkan kita mungkin kekurangan vitamin C yang membina kolagen.

Ada banyak lagi petanda yang boleh menunjukkan kita kekurangan Vitamin C, jadi yang penting ialah makan makanan yang seimbang untuk memastikan kita mendapat nutrient yang secukupnya.

 

Rujukan:
www.rd.com
https://www.healthline.com
Cleveland Clinic Journal of Medicine. 2016 October;83(10):731-739
www.ncbi.nlm.nih.gov

Older Post Newer Post


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

Sale

Unavailable

Sold Out

loader_img

    View Detail

    Item added to cart! View Cart.

    https://mylustre.com
    ${{amount}}