7 Senaman Mudah Untuk Anda yang Malas Bersenam! – MyLustre.com

7 Senaman Mudah Untuk Anda yang Malas Bersenam!

Bagi anda yang agak malas bersenam, di bawah ini ada beberapa cara untuk anda kekal cergas tanpa perlu ke gym atau memakai kasut sukan anda. Jom cuba!

 

Ketika Melihat Cermin Setiap Pagi

Michael Shepard, seorang Pakar Bedah Ortopedik menyarankan agar anda mengubah cara berdiri ketika menghadap cermin di waktu pagi. Caranya adalah dengan menarik bahu ke dalam dan dongakkan dagu sedikit ke atas. Cara tersebut bukan sahaja dapat mengelakkan anda menjadi bongkok ketika berusia nanti malah ia dapat mengurangkan sakit belakang.

 

Ketika Memberus Gigi

Jika sebelum ini anda berdiri ketika memberus gigi, apa kata selepas ini anda mencangkung pula. Menurut Irv Rubenstein, Pengasas Nashville Fitness, sekiranya anda squat perlahan-lahan ketika menggosok gigi, ia boleh meningkatkan kekuatan lutut anda walaupun anda hanya melakukan enam hingga lapan kali sahaja. Di samping itu ia juga boleh mengurangkan risiko arthritis ketika anda berusia nanti.

 

Ketika Membasuh Pinggan

Cuba berdiri dengan satu kaki sahaja ketika anda membasuh pinggan. Cara ini boleh mengukuhkan kawalan saraf di sekitar buku lali, lutut dan pinggul sekaligus dapat  membantu anda mengekalkan sokongan kaki ketika menjalani aktiviti seharian.

Ketika Di Tempat Kerja

Anda perlu take 5 setiap sejam anda menghadap komputer. Ini penting bagi mengelakkan anda terkena penyakit sendiri. Kalau malas berjalan, buatlah regangan. Misalnya luruskan tangan ke hadapan selari dengan lantai dan regangkannya. Jangan lupa regangkan sekali jari anda!

Ketika Bercakap di Telefon

Cuba letakkan telefon bimbit anda jauh sikit daripada anda. Cara tersebut boleh membuatkan anda berjalan untuk mendapatkan telefon ketika ia berbunyi. Anda juga boleh berjalan sambil menjawab panggilan daripada anda berborak sambil berbaring di atas katil.

 

Ketika Menonton Televisyen

Setiap kali umur anda meningkat, saiz otot peha anda akan mengecil. Proses ini boleh dilambatkan dengan pergerakan walaupun sedikit. Cubalah cara ini ketika anda menonton televisyen: naikkan kaki setinggi yang boleh ataupun 45 darjah dari lantai dengan menggunakan kekuatan peha. Lakukan 10 kali paling kurang terutamanya ketika iklan disiarkan.

Ketika Membeli Belah

Letakkan kereta anda jauh sedikit daripada pintu masuk pusat membeli belah. Jika anda membeli barangan, bawa barangan tersebut ke kereta anda tanpa menggunakan troli. Secara tak langsung ia bertindak sebagai dumbel dan berfungsi menguatkan otot anda.

 

Ramai yang mahukan bentuk badan langsing namun tak ramai yang rajin untuntuk bersenam. Namun percayalah, sedar tak sedar dengan cara ini anda bakal fit dan bertenaga sepanjang hari!  

 

Sumber: University of Texas Southwestern Medical Centre 

 


Older Post Newer Post


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

Sale

Unavailable

Sold Out

loader_img

    View Detail

    Item added to cart! View Cart.

    https://mylustre.com
    ${{amount}}