6 Cara Untuk Kekal Fokus Sepanjang Hari Di Tempat Kerja

“Arghh mengantuknya!” “Banyak nya kerja tak siap lagi!”

“Nak give up lah kerja dekat sini”

 

Tentu anda pernah mendengar kata-kata sebegini atau mungkin anda sendiri pernah menyebutnya ketika waktu kerja bukan. Haa ini tanda-tanda anda kurang fokus ketika waktu kerja anda.

Sememangnya tekanan kerja itu sentiasa ada. Boss memberikan anda kerja yang terlalu banyak atau kadang-kala anda tiada motivasi dek kerana persekitaran kerja yang tak best!

Begitupun, kerja tetap harus disiapkan. Maka ini adalah 6 cara untuk anda kekal fokus sepanjang hari di tempat kerja anda.

 

Cara #1 Jangan Multitask

Saintis mendapati Multitasker lebih mudah terganggu dan kurang efisien dalam melaksanakan tugas mereka.

Kerja mereka tidak mendapat hasil 100% dan cenderung melakukan kesilapan. Alamatnya anda terpaksa melakukan semula kerja tersebut sekali lagi.

 

Cara #2 Meditasi

Ya, mungkin meditasi agak janggal dilakukan ketika waktu bekerja. Namun banyak kajian bersetuju meditasi melatih anda lebih fokus serta tidak mudah letih.

Anda boleh cuba lakukan meditasi mudah sejurus selepas bangun tidur selama 2 atau 3 minit sahaja sebelum anda bergerak ke tempat kerja. Cuba dan lihat perubahan pada diri anda okay.

 

Cara #3 Kerap Bersenam

Tidak dinafikan lagi, bersenam mempunyai pelbagai manfaat buat tubuh badan. Salah satunya adalah membuatkan anda lebih fokus tiba waktu bekerja anda.

Saintis berpendapat, kerap bersenam meransang perlepasan kimia dalam otak yang meningkatkan daya saraf memori, meningkatkan fungsi dan menaikkan kapasiti daya fokus anda.

Bersenamlah, ia mungkin akan mengubah hidup anda bukan sekadar ketika waktu kerja malah sosial dan kesihatan am anda juga.

 

Cara #4 Dapatkan Dos Kafein Harian Anda

Kajian mendapati kafein dalam dos yang sederhana membantu anda kekal fokus. Terutama buat mereka yang cepat letih dan lesu.

Namun begitu cuba untuk tidak terlalu bergantung kepada kafein. Dos maksimum ialah 3 cawan sehari. Namun cuba kurangkan kepada 2 cawan sahaja sehari okay.

 

Cara #5 Rileks, Rehat Seketika

Seperti iklan Kit Kat, berehatlah sebentar dengan apa jua anda suka ketika anda mempunyai kerja yang banyak. Jangan terlalu memaksa diri anda.

Kajian mendapati berehat seketika daripada kerja anda membantu anda kekal fokus, sebaliknya jika anda tidak berehat kadar fokus anda menurun dan meletihkan diri anda sekaligus menambah risiko anda membuat kesilapan.

 

Cara #6 Cari Tempat Senyap

Bunyi bising tidak kira kuat atau tidak akan mengakibatkan perlepasan hormon kortisol stres anda. Perlepasan bahan kimia ini akan menggangu fungsi otak anda dan menghalang daya fokus anda.

Jika anda tidak boleh lari daripada bunyi bising itu tiada salahnya untuk anda memasang earbud dan dengarkan lagu-laguan yang menenangkan. Pendapat penulis, lagu Lo-Fi beat yang boleh didengari di spotify sangat membantu penulis ketika membuat kerja. Cuba lah!

 

Kesimpulan

Mengubah serba sedikit cara anda bekerja mampu menjadi jalan anda berjaya dalam apa jua kerjaya anda ceburi. Daya fokus yang tinggi adalah skil yang sangat berharga dan amat dicari-cari oleh mana-mana majikan.

Mana lah tahu bila anda buat kesemua tips ini bulan depan anda mendapat promosi ke jawatan yang lebih tinggi! Penulis mengucapkan selamat maju jaya dan cuba untuk kurangkan stres anda ketika bekerja okay!

 

Rujukan:

  1. Health+ FB Page
  2. https://mylustre.com/blogs/news/multitask-vs-monotask-mana-satu-lebih-efisien
  3. https://www.forbes.com/sites/neilpatel/2016/08/12/7-brain-hacks-to-improve-your-focus-at-work/

Older Post Newer Post


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

Sale

Unavailable

Sold Out

loader_img

    View Detail

    Item added to cart! View Cart.

    https://mylustre.com
    ${{amount}}