5 Sebab Anda Perlukan Karbohidrat

Ramai yang cuba tidak mengambil sumber karbohidrat ketika dalam proses mengurangkan berat badan. Namun menurut pakar nutrisi, anda boleh mengambil karbohidrat ketika ingin menurunkan berat badan tetapi anda perlu tahu cara mengurangkannya. Ada beberapa sebab mengapa anda perlukan karbohidrat ketika dalam proses menurunkan berat badan. Sebab-sebabnya adalah seperti berikut:

 

  1. Membantu meningkatkan mood

Menurut para pengkaji, karbohidrat menggalakkan pengeluaran serotonin iaitu sejenis kimia otak yang sangat baik. Mengikut kajian Arkib Perubatan Dalaman pula, mereka yang mengikuti diet karbohidrat sangat rendah selama setahun iaitu 20 hingga 40 gram karbohidrat sehari (kira-kira ½ cawan beras dan 1 keping roti) mengalami lebih banyak keresahan, kemurungan dan kemarahan berbanding mereka yang diberi diet rendah lemak dan tinggi karbohidrat (biji-bijian,kekacang, tenusu rendah lemak dan buah-buahan)

 

 

  1. Membantu mencegah kenaikan berat

Para penyelidik dari Universiti Brigham Young di Utah, Amerika Syarikat telah mengkaji tabiat pemakanan wanita usia pertengahan selama hampir dua tahun dan hasil kajian mendapati, mereka yang meningkatkan pengambilan serat ternyata berkesan dalam kehilangan berat badan. Manakala wanita yang mengurangkan pengambilan serat pula bertambah berat badan. Ini adalah kerana kebanyakan karbohidrat mengandungi serat makanan iaitu karbohidrat kompleks yang tidak dapat ditemui.

 

 

  1. Baik untuk jantung

Kajian menunjukkan jika anda meningkatkan pengambilan serat larut iaitu sejenis serat yang terdapat dalam makanan kaya karbohidrat seperti kacang dan oat 5 hingga 10 gram setiap hari, anda boleh menurunkan kolestrol LDL yang jahat sebanyak 5%. Begitu juga bagi mereka yang makan lebih banyak bijirin seperti quinoa dan beras perang, mereka juga cenderung untuk mempunyai kolestrol HDL iaitu kolestrol baik yang lebih tinggi dan kolestrol jahat LDL lebih rendah.

 

 

  1. Mengekalkan ketajaman minda

Dalam satu kajian oleh Tufts Univercity, Amerika Syarikat, selepas wanita yang berlebihan berat badan menjalani diet karbohidrat rendah selama seminggu dan kemudian membuang karbohidrat sepenuhnya daripada diet mereka, ternyata itu memburukkan lagi ujian memori berfungsi (seperti contoh, “mengapa saya berjalan ke bilik ini?”). Ia juga memberi kesan kepada memori visuospatial (mengingati lokasi pada peta) berbanding mereka yang mengikuti diet rendah kalori.

 

 

  1. Membantu menyingkirkan lemak

Menurut kajian oleh Journal of Nutrition pula, pengambilan sarapan yang dibuat dengan karbohidrat “slow-release” seperti bijirin atau oatmeal 3 jam sebelum bersenam dapat membantu membakar lebih banyak lemak. Ini adalah kerana ia tidak meningkatkan gula dalam darah setinggi pengambilan kabohidrat halus seperti roti putih bakar. Tahap insulin juga tidak bertambah tinggi dan insulin berfungsi memberi isyarat kepada tubuh untuk menyimpan lemak dan membantu anda membakar lemak. Hasilnya, berat badan boleh diturunkan.

 

Kesimpulannya, jika anda ingin menurunkan berat badan, anda masih boleh mengambil karbohidrat namun dengan cara yang bijak seperti yang dinyatakan di atas. Semoga berjaya!

 

Sumber:

 http://www.eatingwell.com/article/16138/6-reasons-you-should-be-eating-carbs/ 

 


Older Post Newer Post


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

Sale

Unavailable

Sold Out

loader_img

    View Detail

    Item added to cart! View Cart.

    https://mylustre.com
    ${{amount}}