5 Manfaat Luarbiasa Bangun 4 Pagi Setiap Hari

Memang liat hendak bangun dan meninggalkan katil pada waktu pagi. Bangun pada 4 pagi? Lagi lah liat!

Tetapi percayalah anda akan terkejut dengan hasilnya. Mendisiplinkan diri agar bangun pada 4 pagi adalah perkara terbaik anda boleh lakukan demi minda dan badan anda. Tidak dinafikan ia akan mengambil masa untuk membiasakan diri dengan tabiat ini. Bila anda sudah terbiasa, anda akan dapat melihat manfaat luarbiasanya dan bersyukur kerana anda mengamalkannya.

Berikut adalah 5 manfaat akan anda kecapi jika mengamalkan bangun pada 4 pagi setiap hari:

 

  1. Waktu paling produktif dalam hari anda

 

Kita sering mengeluh tidak cukup masa akibat kesibukan bekerja, kuliah dan sebagainya. Akibatnya kita kerap menangguh perkara-perkara yang sudah lama ingin kita lakukan. Bersenam misalnya, jika anda bangun di awal pagi anda mempunyai masa tambahan untuk bersenam malah tenaga pada awal pagi berada pada tahap tertinggi.

 

Dwayne “The Rock” Johnson mengatakan beliau akan mula berada di gim pada 4 pagi. Beliau mengakui masa tambahan tersebut memberikan kelebihan berbanding rakan-rakan gim beliau yang lain. Nak nampak ‘fit’ seperti The Rock? Bangun 4 pagi dan bersenam.

 

  1. Masa tambahan untuk bekerja

 

Sama ada anda bujang, berkahwin atau seorang suri rumah, anda tentu mempunyai kerja. Bangun pada 4 pagi memberikan anda masa untuk menyiapkannya sebelum hari anda bermula. Malah anda boleh bertolak ke tempat kerja anda lebih awal dan mengelakkan kesesakan trafik. Masuk kerja lebih awal membolehkan anda bekerja lebih masa (duit saku tambahan) atau mungkin anda boleh keluar lebih awal dan elakkan kesesakan trafik sekali lagi.

 

 

  1. Mendapat tidur yang lebih berkualiti

 

Bangun awal pagi bermaksud anda perlu mengubah suai rutin harian anda. Manusia memerlukan sekurang-kurangnya 6 jam waktu tidur. Nak bangun awal kenalah tidur awal juga. Dan kajian mendapati tabiat tidur dan bangun awal sangat berfaedah untuk kesihatan minda dan badan. Malah dengan tabiat ini, anda akan mendapat tidur malam yang lebih baik serta bangun dengan segar penuh tenaga.

 

Pengasas Amazon.com, CEO Jeff Bezos mengutamakan tidur 8 jam sehari dan akan memulakan harinya dengan bersenam serta membaca surat khabar dan menyelesaikan rutin tersebut sebelum 7 pagi. Jeff Bezos ialah lelaki terkaya dunia dengan pendapatan bernilai 110.7 bilion. Maka jika nak berjaya perlu lah ikut cara orang-orang yang dah berjaya kan!

 

  1. Lebih banyak masa untuk merancang hari anda

 

Tidak perlu lagi stres merancang hari anda sebelum tidur. Sebaliknya bangun awal pada 4 pagi dan rancang hari anda pada waktu ini. Ini lah waktu terbaik untuk anda memikirkan perkara yang perlu dilakukan hari itu dan bermula dengan lebih awal. Hari anda kini lebih produktif! 

Seperti rutin harian CEO Apple Tim Cook, beliau akan bangun seawal 3.45 pagi untuk menyemak email, bersenam, minum kopi sebelum masuk kerja. Beliau menggunakan masa tambahan tersebut untuk menyusun perjalanan bagi hari tersebut.

 

  1. Membentuk perspektif baru buat anda tentang dunia ini

 

Dengan bangun seawal 4 pagi anda dapat melihat perkara yang orang lain tidak dapat lihat. Anda akan mempelajari perkara-perkara baru bukan sahaja tentang dunia ini, yang lebih penting ialah tentang diri anda sendiri. Perspektif baru yang lebih terbuka dan kehidupan yang lebih baik serta kesihatan yang meningkat.

 

Rujukan:

  1. https://www.wral.com/12-shocking-benefits-of-waking-up-at-4-am/16402798/
  2. https://www.huffpost.com/entry/this-is-when-successful-people-wake-up_b_596d17a3e4b0376db8b65a1a

Older Post Newer Post


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

Sale

Unavailable

Sold Out

loader_img

    View Detail

    Item added to cart! View Cart.

    https://mylustre.com
    ${{amount}}