5 Makanan Terbaik Bagi Pesakit Sembelit

Adakah anda buang air besar hanya 3 kali seminggu, najis keras, proses buang air besar yang tidak lengkap (tidak puas), rasa tersekat dan sukar meloloskan najis tersebut. Jika anda mengalami salah satu simptom ini anda mungkin mengalami sembelit.

Tahukah anda 14% orang mengalami sembelit kronik pada satu-satu masa. Sesetengah orang pula hanya mengalami sembelit yang berlaku sekali sekala.

 

 

Punca berlakunya sembelit adalah akibat:

  • Kekurangan serat dalam diet
  • Tidak aktif secara fizikal
  • Penggunaan Ubat
  • Sindrom Rengsa Usus
  • Mengandung
  • Menahan dari membuang air besar
  • Tidak minum air yang mencukupi

Menggunakan ubat seperti Laxative mampu mengurangkan penyakit ini namun ia mempunyai risiko kesan sampingan. Alternatif lain yang anda boleh lakukan ialah melalui pemakanan dan diet anda. Jom ketahui 5 makanan terbaik mengatasi masalah sembelit anda.

  1. Buah Prun

Mempunyai jumlah serat yang tinggi, 3 biji buah prun bersamaan dengan 2-gram serat. Buah ini didapati mempunyai kesan sama seperti Laxative. Sebuah kajian keatas 40 pesakit sembelit yang mengonsumsi 100-gram sehari membuang air lebih konsisten berbanding mereka yang mengambil rawatan psyllium.

 

 

  1. Buah Epal

Buah epal memberikan kira-kira 2-gram serat yang mudah diserap dipanggil pectin. Kompaun ini berfungsi untuk menarik air daripada usus besar sekaligus memudahkan pembuangan najis dan menjadikan pencernaan lebih mudah dan cepat.

 

 

  1. Buah Pir

Sebiji buah pir bersaiz sederhana mengandungi 5.5-gram serat. Antara buah kaya serat tertinggi di dunia. Ia juga mengandungi fruktosa dan sorbinal tertinggi berbanding buah lain yang sangat bagus dalam merawat sembelit. Fruktosa dan sorbinal bertindak di bahagian usus untuk menarik air yang menstimulasikan gerakan usus yang baik.

 

  1. Buah Kiwi

Kajian keatas keberkesanan buah kiwi terhadap sembelit mendapati ia mampu melembutkan najis serta meningkatkan kadar pembuangan kepada pesakit sembelit. Kajian lain turut mendapati makan dua buah kiwi sehari selama empat minggu meningkatkan gerakan usus spontan, mengurangkan pengambilan ubat dan memberikan lebih kepuasan ketika membuang air besar. Makan mentah atau jadikan jus untuk menu yang lebih menyeronokkan.

 

 

  1. Kaktus Nopal

Kaktus Nopal adalah sejenis tumbuhan yang tumbuh di kawasan gurun. Bahan ini banyak digunakan dalam perubatan tradisional Mexico untuk kesihatan usus dan perut. Tumbuhan jenis kaktus sememangnya sumber serat yang bagus. Sembelit mampu dikurangkan kerana kaktus nopal mampu melebutkan usus sekaligus memudahkan pembuangan.

 

Jika anda ingin mendapatkan khasiat kaktus nopal anda boleh dapatkan makanan tambahan BODIGARD NOPAL CACTUS keluaran MyLustre yang mengandungi khasiat ekstrak kaktus nopal dan pati biji anggur. Konsumsi suplemen ini membekalkan serat yang banyak kepada badan yang bukan sahaja membantu merawat sembelit malah serat berlebihan mampu mengurangkan kadar kolestrol anda sekaligus memelihara kesihatan jantung anda.

 

Rujukan:

  1. https://www.healthline.com/nutrition/best-foods-for-constipation#section3
  2. https://lifestyle.kompas.com/read/2018/09/01/185518020/makan-7-buah-ini-agar-tak-sembelit?page=all
  3. https://www.organicfacts.net/health-benefits/vegetable/nopales.html

Older Post Newer Post


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

Sale

Unavailable

Sold Out

loader_img

    View Detail

    Item added to cart! View Cart.

    https://mylustre.com
    ${{amount}}