5 Langkah Berkesan Tangani Psoriasis

Pernahkah anda dengar tentang sejenis penyakit kulit yang dinamakan psoriasis?Ia merupakan sejenis penyakit auto-imun yang tiada penawar dan menjejaskan kulit. Bunyinya menakutkan namun dengan beberapa perubahan rutin harian, pasti pesakit psoriasis dapat mengharunginya dengan lebih baik.

Untuk pesakit psoriasis, ini ada beberapa tip untuk anda menjalani aktiviti harian dengan lebih aman dan selesa:

 

1.Meditasi

Psoriasis dan stres berkait rapat. Jika anda stres, keradangan yang timbul dalam tubuh akibat stres boleh memberi kesan kepada kulit. Salah satu cara untuk meredakan stres ialah dengan melakukan meditasi.

Menurut hasil kajian yang diterbitkan dalam Frontiers in Immunology, aktiviti meditasi sepeti tai chi dan yoga berupaya mengubah DNA seseorang. Senaman-senaman seperti ini juga boleh menghasilkan jumlah cytokin yang lebih rendah. Untuk makluman, cytokin adalah sejenis protein yang boleh menyebabkan keradangan pada tubuh. Apabila cytokin rendah, risiko untuk mendapat psoriasis, kemurungan dan juga kanser juga rendah.

 2. Ubah gaya hidup

Bagi anda yang mengalami psoriasis, banyakkan makan sayur-sayuran,bijiran penuh dan elakkan makanan diproses seperti burger dan sosej. Pendek kata bagi mengelakkan keradangan, anda hendaklah mengelakkan makanan yang tinggi kandungan garam dan yang mengandungi lemak trans dan juga lemak tepu.

 Amalkan juga diet pemakanan yang memfokuskan penurunan berat badan seperti ikan, daging tanpa lemak, sayur-sayuran, buah-buahan dan produk tenusu rendah lemak atau tanpa lemak.

Jangan lupa juga lakukan senaman untuk kecergasan tubuh. Selain dapat membantu anda menghilangkan berat badan, kehidupan anda sebagai penghidap psoriasis juga akan mudah.

 Untuk pengetahuan anda, obesiti juga boleh meningkatkan risiko penyakit kulit psoriasis dan psoriatic arthritis.

 3. Kerap bersenam

Jangan lupa juga lakukan senaman untuk kecergasan tubuh. Selain dapat membantu anda menghilangkan berat badan, kehidupan anda sebagai penghidap psoriasis juga akan mudah.

 Mungkin senaman agak mencabar buat anda kerana keadaan kulit boleh membuatkan anda tidak selesa atau tidak yakin ke gim. Namun anda perlu kuatkan diri dan ketahuilah senaman mampu mengurangkan stress, memperbaiki mood dan mengawal berat badan anda.

Anda juga masih boleh bersenam tanpa perlu ke gim. Anda boleh melakukan senaman di rumah, berbasikal ataupun di taman.

 4. Pilih produk penjagaan kulit yang sesuai.

Terdapat sesetengah produk penjagaan kulit yang memburukkan lagi penyakit kulit yang anda alami termasuklah sabun mandian dan juga deodoran.

Anda juga harus mengelakkan produk yang mengandungi pewarna,alkohol,bahan pewangi dan juga bahan-bahan kimia yang boleh mengeringkan dan menyebabkan iritasi pada kulit anda.

Sebaiknya anda disarankan untuk menggunakan produk mandian berasaskan bahan semula jadi seperti garam Epsom atau bahan berpelembap.

Bagi alat solek pula, pastikan anda menggunakan produk yang mempunyai label non-comedogenic atau non-acnegenic.

 5. Berhenti merokok

Nikotin yang terkandung dalam rokok boleh mengubah sistem imun dan meningkatkan risiko serangan pada tisu normal dalam tubuh. Kandungan lain dalam rokok juga boleh menyebabkan kerosakan sel atau kerosakan oksidatif. Kerosakan oksidatif boleh memburukkan lagi penyakit kulit psoriasis.

Jika anda berhenti merokok, kesan pertama yang anda akan alami ialah respons tubuh anda terhadap ubat-ubatan psoriasis akan meningkat. Risiko pesakit psoriasis untuk mendapat penyakit lain seperti penyakit Crohn juga berkurang.

Kesimpulannya, psoriasis mungkin mengambil masa yang lama untuk sembuh. Namun jika anda mengamalkan tip-tip seperti yang disenaraikan di atas, anda boleh sembuh pada bila-bila masa. Paling penting anda dapat menjalani hidup dengan lebih tenteram dan selesa.

 

Sumber:

https://www.health.com/condition/psoriasis/13-lifestyle-changes-that-help-fight-psoriasis

 


Older Post Newer Post


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

Sale

Unavailable

Sold Out

loader_img

    View Detail

    Item added to cart! View Cart.

    https://mylustre.com
    ${{amount}}