5 Hidangan ‘Simple’ Untuk Bersahur

Ramadhan Kembali! Bermula hari ini umat Islam menjalankan ibadah berpuasa selama sebulan. Pada awal Ramadhan ini anda mungkin masih bersemangat untuk bangun awal dan menyediakan juadah yang enak-enak untuk bersahur.

Namun begitu, ada dalam kalangan kita yang akan tewas dan mula bangun lewat untuk bersahur dan terpaksa berlapar sepanjang hari. Jika ini berlaku ia bukan sahaja akan menjejaskan puasa anda malah sangat tidak bagus untuk kesihatan jasmani anda.

Maka ini adalah 5 hidangan ‘Simple’ Untuk Bersahur agar anda sempat makan dan mampu bertahan sehingga ke petang.

 

MAKANAN SIMPLE #1 Roti Bakar dan Telur Setengah Masak bersama Kicap

Telur sememangnya pilihan terbaik untuk hidangan ringkas tetapi mengenyangkan. Telur kaya nutrient, protein dan 9 jenis amino asid penting untuk badan kita. Malah kajian mendapati, 2 biji telur dapat menahan lapar anda sehingga 10 jam. Bonus buat anda yang ingin mengurangkan berat badan, telur mempunyai kalori yang rendah iaitu kira-kira 155 kalori per 100g telur sahaja!

 

MAKANAN SIMPLE #2 Capati dan Kuah Sardin

Dapatkan sahaja roti capati sejuk beku yang banyak dijual di pasaraya berdekatan. Roti sejuk beku ini apabila dipanaskan mempunyai kualiti capati yang gebu dan lembut sama seperti baru juga, memang sedap!

Kuah sardin pula boleh dimasak bersama perahan asam jawa, cili dan tomato supaya lebih enak. Hah tak sampai 5 minit dah boleh siap hidangan sahur anda yang sihat dan mengenyangkan.

 

MAKANAN SIMPLE #3 Telur Hancur bersama Roti

Hidangan ini tak sampai 2 minit boleh siap. Telur hancur yang enak boleh dimakan begitu sahaja atau pun bersama roti. Mudah sahaja, caranya ialah memasukkan bawang putih, hirisan bawang besar, cili dan sedikit garam. Sama seperti hidangan #1, telur sememangnya sesuai untuk hidangan sahur.

Lepas ini kalau terbangun lewat pun masih sempat untuk bersahur!

 

MAKANAN SIMPLE #4 Oat dan Buah-Buahan

Ini juga hidangan pantas yang anda boleh lakukan. Oat bersama-sama buah-buahan boleh disiapkan tak sampai 3 minit pun. Malah memang sesuai untuk anda yang hendak melansingkan perut sebelum Aidilfitri menjelma.

Hanya masukkan oats da;am air atau susu panas, letakkan sedikit gula atau madu, buah-buahan pilihan anda (jangan letak sebarangan, takut sakit perut) dan anda boleh menikmati hidangan mudah, sihat dan cepat ini.

 

MAKANAN SIMPLE #5 Nasi Mentega dan Telur Goreng Kicap

Haa pernah rasa hidangan ini? Memang mudah dan sedap! Caranya ringkas sahaja, anda hanya memerlukan nasi panas yang digaulkan bersama mentega dan telur goreng kicap.

Hidangan ini juga amat mengenyangkan kerana mempunyai sumber karbohidrat daripada nasi dan protein daripada telur yang dicampur enak bersama mentega dan kicap.

 

Selamat Berpuasa dan Jangan Lupa Bersahur ya!


Older Post Newer Post


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

Sale

Unavailable

Sold Out

loader_img

    View Detail

    Item added to cart! View Cart.

    https://mylustre.com
    ${{amount}}