4 Teh Herba Sedap, Harum Dan Kelebihan Untuk Kesihatan

Anda peminat Teh? Bagus! kerana ia sangat menyihatkan. Minum teh walau hanya secawan setiap hari mampu melegakan tubuh dan minda, meningkatkan kualiti tidur, meningkatkan sistem imun, detoksifikasi tubuh dan banyak lagi. Teh memang baik untuk kesihatan tubuh secara menyeluruh.

Namun tahukah anda terdapat dua jenis teh iaitu teh sejati dan teh herba. Teh sejati berasal dari daun tumbuhan jenis Camellia Sinensis seperti teh hijau, teh hitam dan Teh Oolong manakala teh herba adalah bebas kafein dan bukan daripada daun Camellia sinensis. Sebaliknya teh herba dibuat menggunakan rempah-rempah, bunga dan daun tumbuhan lain termasuk buah-buahan kering (1). Kedua-dua jenis teh ini mempunyai khasiat tersendiri.

Anda ingin mencuba teh herba? Disini kami sertakan 4 teh herba sedap dan harum serta kelebihannya untuk kesihatan anda:

 

  1. Teh Rose Hip – Rasa Floral Dalam Minuman
  • Kaya dengan vitamin C dan Antioksidan (2).
  • Mampu merawat keradangan dan sakit akibat Arthritis (sakit sendi).
  • Bantu melambatkan penuaan kulit.
  • Mengurangkan lemak di bahagian perut.

 

  1. Teh Halia – Rasa Sensasi Yang Melegakan
  • Membantu meningkatkan sistem imun tubuh.
  • Sesuai dijadikan penawar loya dan ketidakselesaan perut terutama buat wanita mengandung (3).
  • Mengurangkan sakit akibat segugut dan mengawal gula dalam darah sesuai buat pesakit diabetis.

 

  1. Teh Bunga Chamomile – Rasa Wangi Yang Menyenangkan
  • Teh ini terkenal dengan kebolehan memberikan kesan menyenangkan.
  • Kajian mendapati ia mampu meningkatkan kualiti tidur (4).
  • Mungkin mempunyai kandungan antibakteria dan anti-keradangan.

 

  1. Teh Kunyit – Rasa Aromatik Dan Ringan
  • Jumlah kandungan Curcumin yang tinggi dalam kunyit mempunyai nutrisi anti keradangan dan meningkatkan imunisasi (5).
  • Kajian mendapati konsumsi terbaik mendapat kelebihan Curcumin adalah melalui cecair - Teh Kunyit.
  • Melegakan sakit sendi, mengurangkan risiko serangan jantung dan sindrom usus.

 

Terdapat pelbagai lagi teh herba yang sedap dan harum serta lebih penting, baik untuk kesihatan anda. Teh herba yang manis semulajadi dan bebas kalori banyak dibuktikan kajian sains dalam membantu kesihatan kita. Sekali-sekala cuba lah! 

 

Rujukan:

  1. https://www.cupandleaf.com/blog/what-is-tea
  2. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/28587101
  3. https://www.healthline.com/nutrition/nausea-remedies
  4. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3198755/
  5. https://www.medicalnewstoday.com/articles/319638.php

Older Post Newer Post


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

Sale

Unavailable

Sold Out

loader_img

    View Detail

    Item added to cart! View Cart.

    https://mylustre.com
    ${{amount}}