4 Perubahan Pada Badan Apabila Umur Meningkat

Semua orang mahukan badan yang sihat sepanjang hayat. Namun hakikat yang harus ditelan, badan manusia tercipta untuk mengalami perubahan apabila umur meningkat. Semakin berumur perubahan akan berlaku pada sel individu dan beberapa organ kita. Kesannya memperlihatkan perubahan fungsi dan penampilan pada badan kita ini.

Begitupun manusia sentiasa mempunyai pilihan untuk mengamalkan gaya hidup sihat untuk mengawal kadar perubahan yang berlaku.

 

 

Apakah Perubahan Apabila Umur Meningkat?

 

  1. Tenaga

Tenaga berkurang adalah simptom paling ketara. Namun kadar itu bergantung juga kepada gaya hidup anda. Jika anda seorang yang aktif ketika muda anda mungkin mampu kekal bertenaga pada usia tua. Faktor luaran seperti merokok, makan berlebihan, stres dan sebagainya akan merosakkan mitochondria (penghasilan molekul tenaga) dari masa ke semasa dan apabila kita semakin berumur, kerosakan itu menyebabkan penghasilan tenaga berkurangan. Tidak kira berapa umur anda, masih belum terlambat untuk mengubah gaya hidup yang lebih menyihatkan.

Amalkan gaya hidup aktif sekarang. Diet yang buruk dan amalan kurang sihat seperti merokok dan stres akan mendatangkan akibatnya apabila kita semakin tua!

 

 

  1. Sistem Imuniti

Sel yang merangkumi sistem imuniti kita akan berfungsi lebih perlahan apabila umur meningkat. Ia adalah pelindung kepada bakteria dan bendasing dalam tubuh kita malah kepada sel kanser. Ini menjelaskan mengapa pesakit kanser lebih banyak dalam kalangan orang berumur.

Makan lebih banyak makanan berasaskan Vitamin C seperti buah-buahan citrus atau suplemen kerana Vitamin C membantu dalam menghasilkan sel darah putih.

 

 

  1. Hormon

Hormon meransang keinginan seksual, mood, tenaga dan komposisi badan. Pengurangan estrogen dan progesterone dalam badan wanita manakala testosterone dalam badan lelaki akan memberi kesan terhadap kesemua kategori tersebut. Kesan kepada wanita paling jelas apabila gejala menopause berlaku. Lelaki pula akan mengalami defisit dalam libido (keinginan seks) apabila hormone testosterone berkurang dan juga kepada tenaga.

Kajian mendapati herba pueraria mirifica baik untuk menjaga ciri kewanitaan manakala biji halba (fenugreek) mampu meningkatkan paras normal testosterone lelaki.

 

 

 

  1. Tulang

Apabila melangkah ke umur 30an, tulang akan mula menjadi lemah. Antara faktor utama ialah kekurangan nutrisi dan perubahan hormon dalam badan. Ketumpatan tulang semakin lemah (osteoporosis) kerana kurangnya kalsium dan Vitamin D. Dan hormon jugalah yang mengawal penggunaan kalsium dalam badan maka kekurangan hormon sedikit sebanyak menjejaskan kekuatan tulang.

Dapatkan makanan kaya Kalsium seperti susu dan yogurt. Vitamin D pula boleh diperolehi daripada lemak ikan, soya dan susu.

 

 

 

Rujukan:

 

  1. https://www.msdmanuals.com/home/older-people%E2%80%99s-health-issues/the-aging-body/changes-in-the-body-with-aging
  2. https://www.simplysupplements.co.uk/healthylife/lack-of-energy/why-does-energy-deplete-as-we-age
  3. http://www.unlockfood.ca/en/Articles/Bone-Health/7-tips-to-help-keep-your-bones-strong.aspx

Older Post Newer Post


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

Sale

Unavailable

Sold Out

loader_img

    View Detail

    Item added to cart! View Cart.

    https://mylustre.com
    ${{amount}}