4 Faktor Kenapa Berat Badan Naik Ketika Period

Ketika datang bulan, normal bagi wanita mendapati berat badannya naik sekitar 1 hingga 2 kilogram. Dan kebiasaannya akan hilang beberapa hari selepas pendarahan. Jadi jangan risau cik dan puan sekalian.

 

.

Terdapat pelbagai jenis simptom yang akan berlaku ketika anda datang bulan seperti fizikal, emosi dan perangai anda. Simptom-simptom ini akibat perubahan hormon yang berlaku ketika kitaran menstruasi.

Jadi mengapa berat badan anda naik ketika datang bulan?

 

  1. Takungan Air (Water Retention)

Kebiasaannya berat bertambah disebabkan takungan air dalam badan atau edema. Jangan risau, perkara ini normal disebabkan air di bahagian tertentu seperti di lengan dan perut.

 

  1. Kembung Perut (Bloating)

Pengumpulan gas di dalam usus adalah penyebab kebung perut semasa datang bulan. Ianya disebabkan perubahan dalam badan dan disebabkan tidak aktif sebelum dan semasa haid. Ia juga boleh terjadi akibat sembelit yang kebiasaannya terjadi semasa kitaran haid.

 

  1. Nafsu Makan

Ini selalunya terjadi kepada wanita yang mengalami PMS (premenstrual syndrome). Keinginan untuk makan akan meningkat dan mungkin akan melebihi jumlah kalori yang diperlukan dalam badan terutamanya apabila mengalami pendarahan yang banyak.

 

  1. Kekurangan Gula Dalam Darah

Tahap Magnesium berkurang ketika haid dan ini menyebabkan penghasilan insulin menjadi rendah. Wanita semasa haid lebih mduah mengalami kekurangan gula dalam darah. Jadi badan secara automatic akan mewujudkan nafsu makan yang tinggi untuk mengembalikan tahap gula dalam darah yang normal.

 

Itulah 4 sebab kenapa berat badan wanita akan naik ketika datang bulan. Satu lagi faktor yang boleh ditambah ialah kerana wanita akan meninggalkan rutin senaman beliau ketika datang bulan. Ini kerana apabila anda kembung perut atau segugut anda tidak akan berdaya untuk bersenam, ditambah dengan nafsu makan yang mendadak.

Antara rawatan yang boleh dilakukan:

  • Minum lebih banyak air
  • Beli lebih banyak makanan sihat
  • Ambil diuretic
  • Ambil suplemen magnesium
  • Kerap bergerak
  • Jangan ambil kafein dan gula

Maka jangan pelik kalau berat anda naik 1-2 kilogram ketika datang bulan ya. Pastikan juga anda kerap bersenam dan makan makanan yang sihat untuk mengekalkan berat badan idea disamping mengurangkan kesan akibat menstruasi.

 

Rujukan:

  1. https://www.healthline.com/health/womens-health/weight-gain-during-period#takeaway
  2. https://www.womenshealthmag.com/weight-loss/a19995542/weight-gain-during-period/
  3. glowdetox via Twitter

Older Post Newer Post


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

Sale

Unavailable

Sold Out

loader_img

    View Detail

    Item added to cart! View Cart.

    https://mylustre.com
    ${{amount}}