10 Aktiviti Menarik Untuk Dilakukan Ketika Cuti Sekolah – MyLustre.com

10 Aktiviti Menarik Untuk Dilakukan Ketika Cuti Sekolah

“Mama!! Adik bosan lahh!!”

 

Tidak mahu mendengar keluhan sebegini? Cuti sekolah ini jom lihat apakah 10 aktiviti menarik yang terbaik untuk dilakukan oleh anak-anak anda. Mereka tentu seronok melakukan aktiviti serta kekal aktif sehinggalah pintu sekolah dibuka semula!

 

  1. Mengadakan Pertandingan MasterChef

Adakan pertandingan bersama adik beradik mereka atau ajak rakan-rakan sekolah mereka ke rumah. Pilih menu mudah dimasak seperti pizza, donut atau cupcake dan anda menjadi jurinya!

 

 

  1. Berseronok Dengan Eksperimen Sains di Rumah

Kanak-kanak mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi. Mereka akan terpesona dengan eksperimen sains yang mudah seperti mengasingkan telur mentah dengan botol atau eksperimen soda dan mentos dan pelbagai lagi eksperimen mudah yang anda boleh cari. Jentik minda mereka pada musim cuti sekolah ini.

 

 

  1. Bermain Layang-Layang di Pantai

Aktiviti riang ria yang boleh menjadi hobi kanak-kanak. Melihat layang-layang yang berwarna-warni di ruang udara sambil dikemudi sendiri oleh mereka adalah sesuatu yang menyeronokkan bagi mereka. Mereka juga dapat mempelajari erti tidak berputus asa ketika hendak menaikkan laying-layang tersebut.

 

 

  1. Deko Bilik Anak-Anak Anda

Cuti sekolah ini lah masa paling sesuai untuk mengubah suai bilik anak-anak anda. Deko bilik mereka mengikut kreativiti keinginan mereka. Selepas ini tentu mereka akan lebih menghargai betapa pentingnya kekemasan bilik yang mereka sendiri telah dekorasi.

 

 

  1. Mengadakan Pertunjukan Fesyen Mini

Malam minggu ajak anak-anak anda menjadi model di ruang tamu sambil memperagakan pakaian ibubapa. Tentu anda sekeluarga akan seronok melihat gelagat-gelagat lucu mereka. Jangan lupa ambil gambar-gambar comel mereka dan kongsi di media sosial.

 

 

  1. Aktiviti Berbasikal di Taman

Satu aktiviti yang seronok dan menyihatkan. Aktiviti luar akan merapatkan hubungan bersama anak-anak anda dan berbasikal adalah salah satu cara terbaik yang boleh anda lakukan!

 

  1. Cipta Momen Bapa & Anak Lelaki

Kanak-kanak lelaki memandang tinggi ibubapa mereka terutama bapa mereka. Bapa memainkan peranan penting dalam mencipta personaliti kelakian buat anak mereka. Idea kami? Ajak mereka ke pertunjukan kereta-kereta mewah. Ia akan memberi mereka motivasi untuk mempunyai impian yang besar dewasa nanti.

 

 

  1. Dan Momen Untuk Ibu & Anak Perempuan…Bersolek!

Aktiviti bersolek ibu dan anak perempuan tentu sebuah idea yang menyeronokkan bagi membentuk ciri-ciri feminin anak anda. Lakukan aktiviti seperti hiasan kuku, memakai gincu, fesyen dan apa-apa aktiviti feminin yang bersesuaian.

 

 

  1. Aktiviti Berenang / Ajar Berenang

Cuaca panas di rumah? Ajak mereka bermain di kolam renang atau taman tema air. Anak anda akan menyukai aktiviti ini. Ambil juga peluang ini untuk mengajar mereka berenang kerana ini adalah satu skil hidup yang penting buat jangka masa panjang.

 

 

  1. Bercuti Menaiki Keretapi

Menaiki tren atau keretapi untuk bercuti adalah satu cara yang bagus untuk mengajak anak-anak anda melihat suasana yang pelbagai sepanjang perjalanan. Malah ia lebih senang buat ibubapa yang tidak perlu membawa kereta. Berseronoklah bersama-sama anak anda sambil merehatkan minda.

 

Jangan biarkan cuti sekolah ini berlalu begitu sahaja!

Ada diantara aktiviti ini yang anda ingin cuba musim cuti sekolah ini? Selepas ini tentu tidak akan ada lagi keluhan-keluhan anak anda yang kebosanan di rumah. Jadikan musim cuti sekolah ini peluang mereka untuk mempelajari sesuatu yang tidak didapati di sekolah. Waktu ini juga adalah waktu terbaik mengeratkan hubungan sesama keluarga anda!


Older Post Newer Post


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

Sale

Unavailable

Sold Out

loader_img

    View Detail

    Item added to cart! View Cart.

    https://mylustre.com
    ${{amount}}