1001 Keunikan dan Keajaiban Ekstrak Biji Anggur!

Untuk pengetahuan anda, buah anggur bukan hanya berkhasiat jika dimakan isinya, malah bijinya juga mempunyai khasiat yang sungguh menakjubkan!

Kini ekstrak biji anggur banyak digunakan dalam pembuatan kosmetik, makanan, ubat-ubatan dan lain-lain.Ia kaya dengan Oligomers Procyanidin Complex (OPC) yang merupakan antioksidan yang kuat.

Ekstrak biji anggur juga terkenal kerana mengandungi 20 kali lebih tinggi daripada khasiat Vitamin C dan 50 kali lebih baik daripada Vitamin E.

Ia berupaya membantu menguatkan sistem imun dan melambatkan proses penuaan.

Kandungan Procyanidin B2 pula berfungsi meneutralkan radikal bebas yang boleh menyebabkan penuaan dan bahan tersebut hanya terdapat dalam biji anggur.

 Kegunaan ekstrak biji anggur dalam perubatan:

  1. Mencegah penyakit jantung
  2. Meminimumkan kerosakan fibromyalgia*
  3. Melawan penyakit kulit seperti psoriasis dan eczema
  4. Melambatkan perkembangan degenerasi makular* dan katarak
  5. Mengurangkan gejala-gejala alergi
  6. Meringankan ketegangan mata

Walaubagaimanapun biji anggur tidak boleh dimakan begitu sahaja kerana anda tidak akan mendapat khasiatnya dengan cara tersebut. Ia perlu melalui proses ekstrak terlebih dahulu. Cara yang lebih mudah dapatkan sahaja produk-produk yang mengandungi ekstrak biji anggur yang boleh didapati di pasaran!

 Glosari:

 *Degenerasi makular: perubahan tidak sihat pada bahagian saraf (retina) dalam mata tanpa penyebab yang nyata yang boleh menyebabkan gangguan pandangan kekal.

* Fibromyalgia:
gangguan kesakitan rangka otot yang disertai dengan masalah keletihan, tidur, ingatan dan emosi.

 

Rujukan : http://my.miracle-pharmaceutical.com

 

 

 


Older Post Newer Post


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

Sale

Unavailable

Sold Out

loader_img

    View Detail

    Item added to cart! View Cart.

    https://mylustre.com
    ${{amount}}