General

Mata Kering? Ketahui Punca Dan Cara Mencegahnya

Mata Kering? Ketahui Punca Dan Cara Mencegahnya

Mata kering adalah keadaan dimana penghasilan air mata anda tidak cukup untuk membasahkan dan menjadi pelincir di bahagian mata anda. Air mata yang tidak mencukupi boleh disebabkan oleh pelbagai punca (1). Simptom dan Tanda Mata kering Beberapa tanda dan simptom apabila seseorang itu mengalami mata kering antaranya: Rasa panas dan berpasir pada mata Sensitif kepada cahaya Mata menjadi merah Mata menghasilkan lebih banyak air mata seolah seperti menangis Pandangan sedikit kabur Gejala mata kering kebiasaannya berlaku seketika sahaja dan ia boleh dihilangkan dengan cara mengelipkan mata dengan lebih kerap ataupun mengelakkan perkara yang menyebabkan mata tersebut menjadi kering (2). Akan...

Read more →


Jangan Pisahkan Raja dan Ratu Buah. Ada Sebabnya ia Digelar Sebegitu!

Jangan Pisahkan Raja dan Ratu Buah. Ada Sebabnya ia Digelar Sebegitu!

Musim durian kembali menggila. Penggemar raja buah ini pasti tak ketinggalan mengunjungi gerai-gerai menjual buah durian yang berlambak sekarang. Namun, tahukah anda kadar histamina dalam buah durian adalah tinggi? Histamina merupakan sejenis sebatian yang terbentuk daripada pendekarboksilan histidina*, dan dibebaskan terutamanya oleh sel masta dalam tindak balas alergik, untuk menimbulkan inflamasi. (1) Bagi mereka yang mempunyai alahan, ekzema dan cirit-birit berhati-hati dengan raja buah ini. Ia boleh membuatkan anda sengsara kelak . Namun usah khuatir kerana anda boleh makan buah manggis pula selepas makan buah durian! Mengapa? Buah manggis berfungsi untuk mengatasi pengeluaran histamina. Ia boleh dimakan sama ada secarang...

Read more →


Khasiat Raja Buah, Durian

Khasiat Raja Buah, Durian

Menurut laman web healthline.com, durian adalah buah kesebelas paling berkhasiat di dunia (1). Bukan sekadar sedap dan mengiurkan, raja segala buah ini kaya dengan vitamin dan mineral yang baik untuk kesihatan tubuh badan kita. Durian merupakan buah kebanggaan negara-negara di Asia Tenggara dan dikatakan berasal dari Malaysia, Indonesia dan Brunei. Buah durian terdiri daripada 65% air, 27% karbohidrat, 5% lemak, 1% protein dengan 147 kalori bagi setiap 100g hidangan (2) Manfaat Kesihatan Durian Antara manfaat durian untuk kesihatan tubuh badan manusia adalah seperti berikut:   Memperbaiki Sistem Pencernaan Sebuah kajian oleh Dr. Nurul Arneida dari Asian Institute of Medical, Science, and...

Read more →


3 Jenis Tumbuhan Yang Boleh Membantu Anda Tidur Lebih Lena

3 Jenis Tumbuhan Yang Boleh Membantu Anda Tidur Lebih Lena

Tidur yang berkualiti penting untuk kesihatan anda dan agar rutin harian dapat dilakukan dengan lebih sempurna dan produktif. Jika anda sering mengalami tidur yang kurang lena atau sukar untuk melelapkan mata pada waktu malam, cubalah letakkan tumbuh-tumbuhan seperti yang kami kongsikan di bawah ini. Semoga tidur anda lebih indah dengan kehadiran tumbuh-tumbuhan ajaib ini! Gardenia Gardenia jamsinoides atau lebih dikenali sebagai Cape jasmine mempunyai keupayaan sebanyak dos tablet ubat tidur. Sebuah kajian di Jerman membuktikan hal ini. Suatu ujian telah dilakukan ke atas tikus dimana tikus tersebut diletakkan di dalam sangkar bersama bunga ini. Hasilnya tikus tersebut menjadi kurang aktif...

Read more →


Idea Menu Sihat 7 Hari Seminggu Lengkap

Idea Menu Sihat 7 Hari Seminggu Lengkap

Tidak kira anda bersaiz besar yang ingin menurunkan kilogram atau anda bersaiz kecil yang ingin menaikkan kilogram badan, pemakanan adalah kunci kejayaan azam anda.  Ramai yang masih berpendapat konsep diet adalah tidak makan langsung atau makan banyak-banyak. Itu adalah konsep yang salah malah sangat membahayakan kepada kesihatan anda kerana badan memerlukan nutrisi yang bersesuaian dengan keperluan organ-organ anda. Jika anda buntu dalam mencipta menu sihat ketika menjalani proses diet anda apakata anda cuba idea menu sihat 7 hari seminggu lengkap ini.   MENU HARI ISNIN (1479kcal) Sarapan Pagi 2 keping roti jala + kari ayam + Teh O (kurang manis)...

Read more →

Sale

Unavailable

Sold Out

loader_img

    View Detail

    Item added to cart! View Cart.

    https://mylustre.com
    ${{amount}}