Tahap Testosteron Rendah Penyebab Tahap Tenaga Rendah & Disfungsi Ereksi. Inilah Cara Tingkatkan Tahap Testosteron

Tahap Testosteron Rendah Penyebab Tahap Tenaga Rendah & Disfungsi Ereksi. Inilah Cara Tingkatkan Tahap Testosteron

Testosteron adalah hormon yang membentuk ciri-ciri kelakian. Mudah kata ia adalah yang menjadikan lelaki itu seorang lelaki. Hormon inilah yang menjadi penentu dalam perubahan pada badan kaum Adam.

Testosteron mengawal beberapa fungsi penting selain penghasilan sperma termasuklah (1):

  • libido
  • kekuatan tulang
  • pembahagian lemak
  • kekuatan dan saiz otot
  • penghasilan sel darah merah

 

Dan tahukah anda wanita juga mempunyai hormon Testosteron? Betul tetapi dalam jumlah yang sedikit namun ia tetap penting disamping hormon estrogen dan progesteron (2).

 

Bagaimana Anda Tahu Tahap Testosteron Anda Rendah?

Semakin meningkat umur, tahap Testosteron lelaki akan menurun terutama apabila melepasi umur 30an. Penurunan testosteron sekaligus akan melihat impaknya kepada emosi, tenaga, kekuatan otot, tulang dan lain-lain. Malah terdapat kes dimana ia menyebabkan disfungsi ereksi lelaki. Kajian juga banyak mendapati kaitan Testosteron rendah bersama obesiti, risiko penyakit berjangkit dan kematian pra-matang (3).

Jadi bagaimana untuk mengembalikan paras normal Testosteron ini? Gunakan cara semulajadi dengan mengubah diet dan menambah kembali keperluan badan dengan alternatif ini.

 

  1. Tuna

 

Bahan makanan ini kaya dengan vitamin D baik untuk memanjangkan hayat Testosteron dan meningkatkan penghasilan. Hanya satu hidangan tuna cukup untuk memenuhi keperluan harian vitamin D anda (4).

 

Makan tuna ialah cara semulajadi meningkatkan Testosteron anda dan baik untuk kesihatan jantung serta protein yang rendah kalori.

 

 

  1. Kekacang

 

Jangan terkejut dengan khasiat bijian kecil ini. Kacang mengandungi banyak khasiat untuk kesihatan hormon lelaki. Kacang merah, kacang Brazil dan kacang tanah adalah sumber vitamin D dan zinc yang bagus dalam penghasilan Testosteron. Kacang juga adalah protein berbentuk sayur baik untuk kesihatan keseluruhan badan.

 

  1. Bersenam dan Mengangkat Berat

 

Aktiviti fizikal sememangnya gaya hidup bagus dalam mencegah penyakit kronik dan menariknya ia juga mampu meningkatkan tahap Testosteron. Kajian keatas warga veteran yang bersenam mempunyai tahap Testosteron, stamina dan reaksi masa yang lebih tinggi (5).

 

Mahukan peningkatan Testosteron yang lebih tinggi? Lakukan senaman angkat berat. Ia mampu meningkatkan tahap testosteron untuk jangka masa panjang.

 

  1. Mengambil Suplemen Berasaskan Biji Halba (Fenugreek)

 

Biji Halba ialah herba unik yang mengandungi antioksidan dan kimia semulajadi saponins.  Biji Halba mempunyai pelbagai manfaat kesihatan selain meningkatkan tahap Testosteron seperti mengawal gula dalam darah, mengawal pemakanan, mengurangkan tahap kolestrol malah meningkatkan penghasilan susu ibu (6).

 

Gunakan suplemen berasaskan Biji Halba untuk mendapatkan khasiatnya dengan lebih berkesan seperti XTEN For Men daripada MyLustre yang menggunakan ekstrak Biji Halba.

 

Rujukan:

  1. https://wecanwemustwewill.com/lower-testosterone-levels-can-cause-low-energy-levels-
  2. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/26839520
  3. https://www.healthline.com/health/low-testosterone/natural-boosters#exercise
  4. https://www.healthline.com/health/low-testosterone/boosting-food#tuna
  5. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/26798202
  6. https://www.healthline.com/nutrition/fenugreek