Fakta Menarik tentang Buah Naga

Fakta Menarik tentang Buah Naga

Buah naga atau turut dikenali sebagai pitaya merupakan sejenis buah tropika yang banyak memberi manfaat kepada tubuh manusia. Rasanya mengikut jenis, ada yang masam dan ada yang manis. Antara manfaat buah naga ialah ia dikatakan mampu memberi perlindungan kepada tubuh daripada masalah diabetes dan proses penuaan yang pantas.

Di Amerika Syarikat, buah naga kurang digemari berbanding buah popular atau sumber makanan sihat lain seperti epal dan kale. Walaupun ia dikategorikan sebagai buah eksotik, ia selamat dimakan oleh ibu hamil dan ibu menyusukan bayi  kerana ia mengandungi vitamin C, kaya dengan asid lemak serta fosforus.

Buah naga turut mengandungi karotena yang dikaitkan dengan antikarsinogenik termasuk mengurangkan jumlah penghasilan tumor. Kandungan likopena yang berfungsi memberi warna merah kepada buah naga juga sering dikaitkan dengan manfaat dalam mengurangkan risiko mendapat kanser prostat.

Buah eksotik ini juga adalah sumber yang baik bagi lemak garam mono yang membantu mengekalkan kesihatan fungsi jantung.

Hasil sebuah kajian turut menemui buah naga mempunyai kesan yang berharga dalam tekanan oksidatif daripada kekejangan aorta (arteri terbesar dalam badan) iaitu masalah yang sering dikaitkan dengan kencing manis.

Selain bersifat antioksidan, kandungan vitamin C, fitoalbumin dan mineral yang tinggi juga membantu melawan radikal bebas selain. Vitamin B1, B2, B3, fosforus, kalsium,  zat besi, protein, niasin serta serat juga menyumbang kepada peningkatan fungsi sistem imun badan.

Memang banyak khasiat buah naga ni, kalau jumpa di pasar jangan lupa beli kerana memang tak rugi!

 

Rujukan:

https://www.hmetro.com.my