3 Jenis Tumbuhan Yang Boleh Membantu Anda Tidur Lebih Lena

3 Jenis Tumbuhan Yang Boleh Membantu Anda Tidur Lebih Lena

Tidur yang berkualiti penting untuk kesihatan anda dan agar rutin harian dapat dilakukan dengan lebih sempurna dan produktif. Jika anda sering mengalami tidur yang kurang lena atau sukar untuk melelapkan mata pada waktu malam, cubalah letakkan tumbuh-tumbuhan seperti yang kami kongsikan di bawah ini. Semoga tidur anda lebih indah dengan kehadiran tumbuh-tumbuhan ajaib ini!

Gardenia

Gardenia jamsinoides atau lebih dikenali sebagai Cape jasmine mempunyai keupayaan sebanyak dos tablet ubat tidur. Sebuah kajian di Jerman membuktikan hal ini. Suatu ujian telah dilakukan ke atas tikus dimana tikus tersebut diletakkan di dalam sangkar bersama bunga ini. Hasilnya tikus tersebut menjadi kurang aktif dan duduk santai di suatu sudut. Kajian tersebut juga mendedahkan bunga-bunga ini mempunyai kesan yang sama seperti valium pada neurotransmitter yang dikenali sebagai GABA. Ini boleh menghasilkan keputusan yang sama pada manusia dan membantu anda terlena dalam sekelip mata.

 Lidah Buaya

Selain itu ia boleh membantu membasmi pencemaran kimia yang terdapat dalam agen pembersih, sekali gus membersihkan udara di dalam bilik tidur dan seluruh rumah anda. Pokok lidah buaya membentuk tompok coklat sekiranya terdapat bahan kimia berbahaya di rumah anda. Menarik, bukan?

 English Ivy

Nama saintifik tumbuhan ini ialah Hedera helix. Kehebatannya turut diakui NASA dan organisasi tersebut telah memberi pengiktirafan kepada English Ivy sebagai salah satu tumbuhan yang efektif dalam penulenan udara. Ini disebabkan ia merupakan tumbuhan yang paling cekap apabila menyerap formaldehid*.

Anda mungkin dah selalu nampak tumbuh-tumbuhan berikut tapi tak tahu kelebihannya, bukan? Sekarang dah tahu manfaatkanlah ia untuk kesejahteraan seisi keluarga!

 

Glosari:

formaldehid : Gas beracun, tidak berwarna, berbau dan digunakan untuk membuat pengawet, pencelup, baja dan lain-lain.

 

Sumber:

www.ohmedia.my