Wajah Cantik dengan Rempah Ratus!

Wajah Cantik dengan Rempah Ratus!

Untuk memiliki wajah yang bersih dan cantik tidak semestinya memerlukan perbelanjaan tinggi atau produk yang mahal. Sebaliknya anda boleh menggunakan bahan semula jadi yang terdapat di dapur anda seperti rempah-ratus yang kami senaraikan di bawah ini:

Lada

Biji lada sesuai dibuat sebagai bahan lulur. Ia menghangatkan, berfungsi sebagai antibakteria dan melancarkan peredaran darah. Ini membolehkan proses penyingkiran bintik hitam pada permukaan kulit.

Caranya: Campurkan satu sudu lada yang sudah ditumbuk dengan satu sudu teh yogurt lalu oleskan pada permukaan kulit yang mempunyai bintik hitam. Cuci bersih wajah selepas tujuh minit. Lebih baik gunakan lada yang ditumbuk sendiri daripada serbuk lada yang dijual di pasaran yang biasanya sudah dicampur dengan tepung dan bahan lain.

Bunga cengkih

Cengkih mengandung polifenol yang berfungsi sebagai antioksidan dan bersifat anti kuman. Kandungan antioksidannya juga dikatakan paling tinggi berbanding rempah lain.

Menurut Valori Treloar, seorang ahli dermatologi dari Massachusetts, bunga cengkih akan menjadi pencuci yang efektif untuk membersihkan kulit daripada kotoran, sisa solekan dan juga bakteria. Baunya yang menenangkan secara tak langsung berfungsi sebagai aroma terapi.

Buah pala

Rempah ini dipercayai dapat mengatasi pelbagai masalah kulit seperti dermatitis dan kurap kerana ia mengandungi bahan anti keradangan.

Ia juga dipercayai mampu memudarkan bekas jerawat dan mencerahkan kulit. Caranya, campurkan serbuk pala dengan madu dan oleskan pada bekas jerawat. Bekas jerawat akan pudar jika diamalkan secara rutin.

 Bagi anda yang tidak mahu berbelanja lebih untuk produk kecantikan, jenguk-jenguklah dapur anda dan tinjau rempah ratus yang and boleh gunakan sebagai alternatif! Kami turut berkongsikan dua lagi jenis rempah di bahagian Demi Sihat di laman Facebook dan juga Instagram. Jangan lupa singgah di laman media sosial kami ya!

 Sumber

 1) https://www.hmetro.com.my/node/206444

 2) Ahli Dermatologi dari Massachusetts (Amerika Syarikat), Valori Treloar